Bek kiri Manchester United, Luke Shaw, mendedahkan dia hampir kehilangan kakinya selepas mengalami patah kaki ketika aksi Liga Juara-Juara (UCL) berdepan PSV pada 2015.

Shaw kembali menemui sentuhan dan menyertai skuad England berikutan permulaan yang cemerlang bersama United tetapi cerita berbeza mungkin terjadi kepadanya selepas insiden yang berlaku tiga tahun lalu itu.

Terjahanan daripada pertahanan PSV, Hector Moreno, menyaksikan Shaw patah kaki dan terpaksa meninggalkan padang dengan bantuan pernafasan.

Membuat persiapan menghadapi aksi Liga Negara-Negara UEFA berdepan Switzerland pada 11 September ini, Shaw, yang kembali beraksi buat kali pertama sejak tahun lalu, berkata, "Saya tidak jujur jika kadang-kala terfikir tentang berhenti bermain bola sepak tetapi saya memiliki ramai kawan-kawan dan keluarga yang banyak membantu saya.

"Saya hampir kehilangan kaki saya. Saya tidak mengetahuinya sehingga doktor memberitahu saya -- enam bulan selepas insiden itu berlaku.

"Jika mengetahui perkara ini sekalipun, ia tidak akan menghalang saya untuk terus bermain.

"Saya mahu bermain dalam saingan terbesar, memenangi gelaran. Ia adalah motivasi saya dan mahu menjadi salah seorang bek kiri terbaik dunia."