WEST HAM 2 LEICESTER CITY 3

Kebangkitan West Ham pada penghujung perlawanan membuat Craig Shakespeare bimbang selepas Kasper Schmeichel mempamerkan persembahan terbaik dalam separuh masa kedua, sekaligus membenarkan juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Leicester City, meraih kemenangan tipis 3-2 di Stadium London.

Leicester mempamerkan aksi yang cergas pada awal permainan selepas mereka berjaya mara ke suku akhir Liga Juara-Juara (UCL) dengan menyingkirkan Sevilla, namun berjaya menghasilkan dua jaringan awal menerusi Riyad Mahrez dan Robert Huth.

Manuel Lanzini merapatkan kedudukan sebelum Jamie Vardy mengembalikan kelebihan dua gol sebelum tamat separuh masa pertama.

Pada minit ke-60, Andre Ayew menjaringkan gol buat pasukan tuan rumah bagi memulakan kebangkitan The Hammers.

Schmeichel membuktikan kebolehannya apabila berjaya memastikan tiada jaringan tambahan dihasilkan oleh West Ham.


"Kami perlu memberikan ucapan tahniah kepada West Ham, mereka telah mencurahkan keringat dalam babak kedua dan Schmeichel terpaksa bekerja keras sehingga tamat perlawanan."

"Leicester akan menghadapi perlawanan penting sebelum bertemu Atletico Madrid dalam suku akhir UCL. Kami memerlukan kemenangan ini untuk meneruskan prestasi cemerlang pasukan."