Shakespeare puji sikap Mahrez

By Staff Writer 9 September 2017 2303
Shakespeare puji sikap Mahrez
Pengurus Leicester City, Craig Shakespeare, menegaskan Riyad Mahrez masih lagi memberikan komitmen penuh kepada pasukan di sebalik mahu berhijrah ketika jendela perpindahan yang telah ditutup bulan lalu.

Pemain sayap Algeria itu, yang telah diberikan jalan keluar daripada pasukan dan dilaporkan menarik minat kelab Serie A, Roma, sebagai pengganti Mohamed Salah yang menyertai Liverpool, gagal untuk mencapai persetujuan untuk meninggalkan kelab.

Bagaimanapun, Shakespeare memuji sikap profesional Mahrez untuk kembali mengharungi saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) bersama The Foxes.

"Mahrez sangat telus -- dia mahu beraksi bersama kelab-kelab yang bersaing untuk menjuarai takhta liga," katanya.

"Tetapi selepas berbincang dengannya dalam beberapa hari yang lepas, saya tidak meragui sikapnya dan komitmennya terhadap Leicester.

"Dia berada pada tahap yang terbaik. Perkara yang paling penting, dia mempamerkan keinginannya untuk terus bersama kami buat masa ini."

About Author

Staff Writer

Comment