Sevilla mengumumkan ketibaan Jordan Amavi apabila pemain pertahanan kiri untuk akan melengkapkan pemeriksaan kesihatan dari kelab Liga Kejuaraan, Aston Villa.

Amavi dijangka akan menyempurnakan perpindahan bernilai GBP8 juta itu dalam beberapa hari lagi selepas kedua-dua pasukan bersetuju dengan yuran perpindahan pemain berusia 23 tahun itu.

Pemain kelahiran Perancis itu berkhidmat di Villa dari Nice sejak dua musim lalu, namun musim pertamanya berakhir dengan kelab itu tersingkir daripada saingan EPL.

Amavi membuat 26 kemunculan pada musim lalu, bagaimanapun Villa gagal untuk kembali ke saingan di pentas tertinggi, Liga Perdana Inggeris.

Anggota skuad bawah 21 tahun Perancis itu akan menyertai Ever Banega sebagai muka baru di Sevilla.