Sertai Barcelona seperti tinggalkan Spurs demi Arsenal -- Pochettino

By Staff Writer 31 March 2017
Sertai Barcelona seperti tinggalkan Spurs demi Arsenal -- Pochettino
Mauricio Pochettino mencadangkan bahawa beliau tidak akan menerima tawaran mengendalikan Barcelona, dengan menyatakan ia seperti meninggalkan Tottenham dan mengambil alih tawaran Arsenal.

Pengendali berusia 45 tahun itu dilihat sebagai pengganti Luis Enrique, yang bakal meninggalkan Nou Camp selepas kontraknya tamat penghujung musim ini.

Spekulasi yang melibatkan Pochettino bertukar menjadi perbualan utama selepas beliau bertemu dengan Presiden Barca, Josep Maria Bartomeu, di Catalonia tetapi Pochettino menegaskan sebagai bekas pemain dan pengendali Espanyol, perpindahan ke Barcelona adalah sesuatu yang mustahil.

"Saya adalah penyokong Espanyol," kata Pochettino. 

"Ia seperti suatu hari nanti, [Pengerusi Spurs] Daniel Levy memecat saya, mustahil buat saya menerima tawaran mengendalikan Arsenal.

"Kesetiaan dan kejujuran hadir di dalam diri saya sebagai bekas pemain dan pengurus pasukan. Saya seorang penyokong Espanyol dan amat mencintai Espanyol."

Tottenham akan berdepan Burnley esok bagi mencari kemenangan untuk terus memberikan tekanan kepada pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea, yang menerajui liga dengan kelebihan 10 mata.

About Author

Staff Writer

Comment

Read Next

Perak yakin bermula positif

By Hairi Yahaya 31 Mac 2017. 11.22 AM