HUDDERSFIELD TOWN 0 TOTTENHAM 4

Harry Kane menyatakan September merupakan bulan terbaiknya tetapi mencabar Tottenham untuk mengekalkan momentum selepas tamat aksi perlawanan antarabangsa.


Spurs meraih kemenangan 4-0 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) ke atas Huddersfield Town semalam, dengan Kane merupakan perancang utama kejayaan Spurs selepas meledak dua gol untuk merakamkan gol ke-13 buat penyerang England itu.

Bilangan tersebut menyamai jumlah yang diraih oleh Lionel Messi and Cristiano Ronaldo untuk bulan September dan Kane akan berusaha bagi memastikan pasukannya terus mempamerkan aksi cemerlang bagi perlawanan seterusnya.

Tottenham berdepan saingan mencabar pada Oktober, termasuk aksi EPL bertemu Liverpool dan Manchester United dan kunjungan ke Santiago Bernabeu berdepan Real Madrid bagi saingan Liga Juara-Juara (UCL).

"Saya berasakan September merupakan bulan terbaik saya, terutama sekali selepas Ogos, ketika saya gagal untuk menjaringkan sebarang gol," kata Kane.

"Saya berasa sangat baik, yakin dan berada pada kedudukan yang tepat untuk menjaringkan gol. Kami meneruskan momentum ini selepas tamat aksi perlawanan antarabangsa," katanya.

Selepas permulaan yang baik beraksi di Huddersfield, Tottenham berada dalam kawalan sepanjang perlawanan tersebut.

Ben Davies dan Moussa Sissoko berjaya menjaringkan satu gol bagi melengkapkan kemenangan Spurs untuk perlawanan terakhir pada bulan September.