Segera tawar kontrak baru kepada Messi -- Xavi

By Staff Writer 4 April 2017 11236
Segera tawar kontrak baru kepada Messi -- Xavi
Ikon Barcelona, Xavi, menggesa The Catalans segera bertindak menawarkan kontrak baru kepada Lionel Messi dan mempercayai bintang Argentina itu memerlukan kelab itu, sama seperti kelab memerlukan khidmatnya.

Kontrak asal pemain berusia 29 tahun itu bakal tamat pada 2019 dan masih tiada kata putus mengenai masa depannya.

Xavi yakin Messi akan menandatangani kontrak baru tetapi memberikan amaran kepada Barca supaya tidak menunggu terlalu lama.

"Saya yakin Messi akan menandantangani kontrak baru tetapi Messi memerlukan Barcelona," kata Xavi.

"Dia kelihatan gembira, lebih matang dan tenang berbanding sebelum ini.

"Saya tidak dapat melihatnya bertukar kelab tetapi kami perlu segera bertindak.

"Ia akan menjadi kesalahan yang bersejarah jika Barcelona gagal memperbaharui kontrak Messi."

"Dia adalah pemain terbaik di dalam sejarah. Kepentingannya akan menjadi lebih jelas selepas dia bersara."

About Author

Staff Writer

Comment