Scholes akui Griezmann secocok buat United

By Jamie Smith 24 November 2016
 Scholes akui Griezmann secocok buat United
Legenda Manchester United, Paul Scholes, berpendapat Antoine Griezmann perlu menjadi pemain sasaran kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu. 

Griezmann, yang meledak enam gol ketika memperkuatkan Perancis dalam kempen Euro 2016 untuk memenangi Anugerah Kasut Emas, kerap dikaitkan dengan perpindahan dari Atletico Madrid. 

Scholes berkata Griezmann sepatutnya berada dalam radar United. 

"Griezmann perlu ada dalam senarai perpindahan," kata Scholes kepada BT Sports apabila disoal siapakah yang patut menjadi pengganti jangka panjang  Zlatan Ibrahimovic.

"Dia penyerang tengah di Atletico. 

"Saya berasakan kami perlukan pemain seperti itu."

About Author

Jamie Smith

Comment