Pemain baru Everton, Morgan Schneiderlin berkata dia tidak marah kepada Jose Mourinho, sebaliknya mahu mencari semula cinta kepada bola sepak di Merseyside.

Pemain kebangsaan Perancis itu menyertai The Toffees pada Khamis dengan nilai perpindahan sebanyak GBP24 juta, selepas gagal berada di dalam kesebelasan utama United.

Schneiderlin menegaskan dia telah berdendam dengan bekas pengurusnya dan berkata sangat gembira kerana segala urusan perpindahan dapat dijalankan dengan baik.

"Saya tidak marah langsung, saya dan Jose memiliki hubungan yang baik," kata Schneiderlin. "Kami telah berbincang dan saya menerima keputusan beliau.

"Saya perlu melangkah ke hadapan dan gembira kerana beliau menerima keputusan saya.

"Saya seorang pemain bola sepak dan tidak mahu berada di bangku simpanan sepanjang musim.

Pemain berusia 27 tahun itu mendedahkan bahawa kegagalannya untuk menyerlah bersama United dan mengharapkan gaya permainan yang berbeza apabila beraksi bersama Everton.

"Saya berhijrah ke sana dengan cita-cita yang besar dan mahu memberikan yang terbaik untuk kelab, tetapi saya gagal melakukannya.

"Benar kami gagal bermain dengan baik musim lalu, pasukan gagal mempamerkan permainan yang menarik dan persembahan kami telah dikritik hebat.

"Saya berharap dapat membantu pasukan baru saya dan meneruskan hidup saya sebagai pemain bola sepak.

Schneiderlin berkemungkinan besar membuat penampilan sulungnya di Goodison Park ketika menerima kunjungan Manchester City.