Peter Schmeichel memasang impian untuk menyaksikan anaknya, Kasper, menjadi penjaga gol Manchester United pada masa akan datang.

Penjaga gol Leicester City itu sering dilihat sebagai pengganti terbaik kepada David de Gea, yang kembali dikhabarkan akan menyertai Real Madrid pada musim panas ini.

Bapanya telah memenangi lima kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL), tiga Piala FA dan satu Liga Juara-Juara (UCL) ketika bersama The Red Devils selama lapan musim.

Beliau memiliki impian untuk menyaksikan Kasper mengikut jejak langkahnya beraksi bersama kelab itu walaupun mengetahui Kasper tidak akan meninggalkan Leicester buat masa ini.

"Ia adalah impian saya," kata Schmeichel.

"Pada pendapat saya, Kasper telah membuktikan kebolehannya bahawa dia mampu beraksi di peringkat tertinggi."