Saya yakin 100 peratus dengan Costa -- Conte

By Staff Writer 21 January 2017
Saya yakin 100 peratus dengan Costa -- Conte

Pengendali Chelsea, Antonio Conte, menegaskan dia memberi kepercayaan 100 peratus kepada Diego Costa menjelang aksi berdepan Hull City esok.

Penyerang Sepanyol itu terlepas aksi berdepan Leicester City yang berkesudahan 3-0 minggu lalu susulan wujud laporan pemain itu akan ke Liga Super China.

Bagaimanapun, Costa kembali berlatih bersama skuad utama menjelang aksi berdepan Hull dan Conte percaya pemain itu kekal fokus dengan perjuangan Chelsea.

"Fokus dan tumpuannya berada di tahap yang saya mahukan. Dia sudah bersedia untuk beraksi," Conte memberitahu media.

"Saya berani memegang bara api. Apakah maksudnya? Di Itali, perumpamaan ini bermaksud kamu yakin 100 peratus. 

"Jika Diego tidak fokus, namun masih diturunkan dalam kesebelasan utama, itu salah saya. Bukan salah dia tetapi saya.

"Setiap kali Diego beraksi, dia akan memberikan segala-galanya dan akan cuba melakukan yang terbaik bagi membantu pasukan ini mencapai kemenangan."

About Author

Staff Writer

Comment