Saya tidak peduli tentang usia pemain -- Klopp

By Staff Writer 3 December 2016 71
Saya tidak peduli tentang usia pemain -- Klopp

Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp, menegaskan tidak akan membiarkan faktor umur mempengaruhinya dalam menamakan kesebelasan utama tatkala dia bertekad untuk mengetengahkan bakat muda di kelab itu.

Klopp menurunkan beberapa pemain muda ketika Liverpool melakar kemenagnan 2-0 ke atas Leeds United dalam saingan Piala EFL pada Selasa, antaranya Kevin Stewart, Ovie Ejaria dan Trent Arnold.

Bagaimanapun, pemain berusia 17 tahun, Ben Woodburn, mencipta nama apabila meledak gol kedua Liverpool untuk muncul penjaring termuda dalam sejarah kelab itu.

"Saya tidak kisah menurunkan pemain muda, selagi mereka mempamerkan kemajuan," katanya pada Jumaat.

"Mereka semua lebih muda daripada saya. Semuanya berjalan dengan baik ketika ini. Saya menikmati setiap saat bersama mereka. Saya tidak pernah mengambil kira faktor umur.

"Jika kamu bermain dengan baik di peringkat awal, kamu akan memiliki karier panjang yang baik. Pada saya, saat ini kami merupakan kelab yang bagus buat pemain muda.

"Mereka semua terlibat dalam perancangan saya. Pada saya, mereka yang berumur 22 dan 23 tahun masih dianggap pemain muda.

"Kami perlu memberikan mereka situasi di mana mereka bersedia untuk diturunkan bila-bila masa sahaja.

"Prestasi naik turun adalah perkara biasa tetapi jika kamu diletakkan di bawah senario yang betul, kami yakin setiap pemain muda berpotensi untuk menjadi pemain yang mantap pada masa akan datang."

About Author

Staff Writer

Comment

Read Next

Andy Carroll kembali perkuat West Ham

By 3 Disember 2016. 1.11 AM