Saya tidak diperlukan lagi di Etihad -- Hart

By Staff Writer 10 March 2017
Saya tidak diperlukan lagi di Etihad -- Hart

Joe Hart percaya dirinya tidak lagi diperlukan Manchester City, lantas memberi bayangan tidak akan pulang beraksi bersama kelab itu lagi pada masa akan datang.

Penjaga gol berusia 29 tahun itu menyertai Torino pada awal musim Ogos lalu dan ketika Pep Guardiola mengambil alih The Ciizens, dia menjelaskan bahawa Hart bukanlah penjaga gol pilihannya.

Meskipun penjaga gol baharu, Claudio Bravo, bergelut sejak tiba di Stadium Etihad, Hart percaya kariernya bersama City sudah pun berakhir.

"Saya boleh kata di sini bahawa karier saya bersama City sudah pun tamat," kata Hart dalam rancangan Liga Perdana Inggeris BBC.

Ditanya sama ada senario itu akan berubah, Hart menjawab: "Tidak mungkin. Saya perlu realistik. Saya sayangkan kelab itu dan saya pernah katakan selagi mereka perlukan saya, saya akan terus berkhidmat.

"Tetapi saya juga sedar di sebuah kelab besar, perubahan boleh berlaku.

"Bukan semua yang suka dengan kamu dan tidak semua yang berminat untuk menurunkan kamu. 

"Saya mahu bermain bola sepak dan hampri pasti saya akan meneruskannya di negara lain."

Meskipun ketibaan Guardiola menjadi detik di mana saatnya bersama City berakhir, Hart tidak berkecil hati dengan apa yang berlaku.

"Dia cuma lakukan apa yang perlu. Dia bukan cuba merosakkan karier saya, sebaliknya cuba membentuk kelab yang mantap," tambahnya.

 

About Author

Staff Writer

Comment