Saya tidak berniat tendang kepala Coleman -- Ibrahimovic

By Staff Writer 5 December 2016 89
Saya tidak berniat tendang kepala Coleman -- Ibrahimovic

Zlatan Ibrahimovic menegaskan bahawa dia tidak berniat untuk menendang kepala Seamus Coleman ketika Manchester United melakar keputusan seri 1-1 dengan Everton.

Pemain berusia 35 tahun itu meledak gol pembukaan di Goodison Park, namun kecewa apabila Leighton Baines menyumbang gol penyamaan pada minit akhir perlawanan.

Pertembungan pada Ahad turut menyaksikan Ibrahimovic terlibat melakukan kekasaran ke atas pertahanan Everton, Coleman -- sehingga pemain itu terpaksa dikeluarkan -- apabila kakinya singgah ke kepala pemain antarabangsa Republik Ireland itu.

Namun, Ibrahimovic menegaskan bahawa dia tidak berniat untuk melakukan kekasaran itu.

"Saya mendengar pengulas berkata saya menendang kepalanya dengan sengaja," Ibrahimovic memberitahu MUTV.

"Ia merupakan insiden 50-50. Dia menarik saya ke bawah dan saya cuba mengelak daripada menyentuhnya."

Keputusan seri itu bermakna United kini hanya melakar dua kemenangan daripada 11 aksi dalam Liga Perdana Inggeris, dan hakikat itu tidak diterima baik Zlatan.

"Sangat mengecewakan, apatah lagi kami tidak mendapat keputusan sewajarnya dalam perlawanan sebelum ini.

"Walaupun menguasai perlawanan, tetapi memasuki minit ke-70, kami mula hilang keyakinan lalu menyebabkan kerugian dua mata.

"Kami mahu melayakkan diri ke Liga Juara-Juara Eropah tetapi kami memerlukan tiga mata bagi melunaskan sasaran itu.

"Pemain akan mendapat keyakinan lebih tinggi jika kami berada di kelompok atasan liga."

About Author

Staff Writer

Comment