Pengendali Manchester United, Jose Mourinho, menegaskan dia tidak ada niat untuk menjual Juan Mata kerana pemain itu adalah antara tonggak utama di Old Trafford.

Ramai yang menjangkakan Mata akan dijual selepas Mourinho menggantikan Louis van Gaal pada awal musim 2016-17 tatkala pemain itu dijual ke Manchester United oleh Mourinho ketika di Chelsea.

Bagaimanapun, Mata muncul antara penyumbang utama kebangkitan United musim ini apabila menjaringkan gol keenamnya dalam kemenangan 2-0 ke atas Watford kelmarin.

"Ketika saya tiba di sini, ramai beranggapan Mata akan dijual," jelas Mourinho.

"Saya sedar dari awal lagi, dia tidak akan dijual kerana cara saya di Chelsea dan Manchester United berbeza. Di sini, dia mudah menyesuaikan diri dengan cara pasukan ini bermain.

"Jadi, kamu boleh lihat dia gembira dengan permainannya dan dia juga yakin terhadap kemampuan saya memimpin pasukan ini."