Saya tiada masalah dengan Mourinho -- Mata

By Staff Writer 1 October 2016
Saya tiada masalah dengan Mourinho -- Mata
Pemain tengah Manchester United, Juan Mata, menegaskan bahawa dia tidak pernah mempunyai sebarang masalah dengan Jose Mourinho.

Mata tidak berada dalam senarai pemain pilihan Mourinho ketika di Chelsea sebelum melengkapkan perpindahan £37.1 juta (RM 198.6j) ke Old Trafford pada Januari 2014.

Pengendali dari Portugal itu baru-baru ini mendakwa dia tidak mempunyai hasrat untuk menjual pemain kebangsaan Sepanyol itu.

Timbul persoalan sama ada Mata masih mempunyai masa depan di United berikutan pelantikan Mourinho menjelang kempen 2016-17, namun pemain berusia 28 tahun itu telah menjadi pemain utama di Old Trafford musim ini.

"Hubungan saya dengan Mourinho tidak pernah bermasalah," kata Mata.

"Banyak cerita bohong disebarkan mengenai saya dan Mourinho sejak dia tiba di kelab ini pada musim panas lalu.

"Ia mengganggu saya, di mana setiap hari saya terpaksa membaca dan mendengar khabar angin yang tidak benar. Hubungan saya dengan dia baik-baik sahaja.

"Anda membaca banyak komen di Facebook dan Twitter tetapi mereka hanya membuat anda ketawa."

Mata telah menjaringkan dua gol dalam lapan penampilan dalam kesemua kejohanan musim ini.

About Author

Staff Writer

Comment