Saya telah lakukan beberapa kesilapan -- Guardiola

By Amirul Azreen 8 January 2017
 Saya telah lakukan beberapa kesilapan -- Guardiola

Pengendali Manchester City, Pep Guardiola, mengakui beberapa keputusan yang diambilnya tidak membuahkan hasil sejak berhijrah ke Stadium Etihad, namun menegaskan dia bukan cuba untuk mengubah corak bola sepak di England.

Bekas pengendali Barcelona dan Bayern Munich itu telah menerima kritikan susulan gemar mencuba formasi baru di samping meletakkan pemain di posisi berlainan.

Namun, dia mengakui telah melakukan kesilapan dalam percubaannya untuk mengikut rentak Liga Perdana Inggeris.

"Kadang-kala saya ada idea baru: tiga pertahanan atau meminta setiap pemain memainkan watak berbeza. Apabila perancangan itu tidak menjadi, saya memikul tanggungjawab itu dan saya tidak pernah menyalahkan pemain," Guardiola memberitahu pihak media.

"Sebagai jurulatih, kamu akan cuba membantu dengan mencari jalan terbaik agar setiap pemain dapat beraksi dengan lebih baik dan tidak perlu bermain dengan agresif setiap kali.

"Ini tugas saya, saya perlu membantu mereka.

"Kadang-kala idea saya tidak berapa bagus kerana saya masih dalam proses untuk mengenali kekuatan setiap pemain. Saya bukan berniat untuk mengubah corak bola sepak di England.

"Pada masa sama, senario ini akan mengubah saya. Itu adalah perkara yang baik. Itulah sebabnya saya bertandang ke England."

About Author

Amirul Azreen

Comment