Pemain sayap Manchester City, Raheem Sterling, percaya jaringan mampu meningkatkan lagi mutu permainannya pada masa akan datang.

Sterling menikmati musim yang memberangsangkan di bawah kendalian Pep Guardiola di City, dengan bekas pengurus Barcelona dan Bayern Munich itu memberikan kebebasan kepada Sterling untuk menguasai sayap kanan The Citizens.

Menjelang aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) berdepan Arsenal, Sterling telah menjaringkan sembilan gol dalam 38 perlawanan musim ini, termasuk gol kemenangan ketika bertemu The Gunners pada Disember.

Pemain kebangsaan England itu hanya kekurangan dua gol tetapi dia menyedari bahawa aksi yang lebih konsisten diperlukan untuk berdiri seiring dengan pemain-pemain terbaik di dunia.

"Saya perlu menjaringkan lebih banyak gol. Saya sepatutunya sudah menjaringkan 15 ke 16 gol semusim. Ini adalah perkara yang saya akan lakukan untuk musim hadapan," kata Sterling.

"Jaringan gol mampu meningkatkan kualiti saya untuk menjadi antara yang terbaik di dunia.

"Jika anda menjaringkan gol kemenangan lebih daripada lima kali -- anda adalah pemain yang terbaik di dunia. Itu adalah sasaran saya.