Saya masih belum capai tahap Suarez -- Lukaku

By Staff Writer 30 September 2016 146
Saya masih belum capai tahap Suarez -- Lukaku

Penyerang Everton, Romelu Lukaku, mengakui masih banyak yang perlu diperbaiki jika dia mahu mencapai tahap yang sama seperti bintang Barcelona, Luis Suarez.

Lukaku telah meledak 18 gol dalam 37 penampilan Liga Perdana Inggeris musim lalu, namun The Toffees menempuh kempen hambar apabila sekadar menduduki tempat ke-11, sekali gus menyebabkan Roberto Martinez disingkirkan selaku pengurus.

Pemain antarabangsa Belgium itu berkata dia perlu memberikan impak positif terhadap perjalanan kelab itu musim ini sekiranya mahu mengesahkan statusnya selaku penyerang terbaik dunia.

"Saya perlu mempamerkan aksi yang lebih berkesan jika mahu mencapai tahap seperti Luis Suarez," kata Lukaku kepada Sky Sports.

"Penyerang seperti saya bukan sahaja perlu menjaringkan gol tetapi juga perlu mencipta jaringan tanpa bantuan sesiapa.

"Pemain seperti Sergio Aguero, Luis Suarez, Karim Benzema dan Robert Lewandowksi, mereka mampu menghasilkan gol tanpa bantuan sesiapa.

"Ketika latihan, jurulatih cuba mewujudkan senario di mana saya perlu menghasilkan jaringan agar lebih mudah untuk saya mengaplikasikan perkara itu ketika perlawanan berlangsung."

Lukaku telah dikaitkan dengan perpindahan pada awal musim 2016-17, namun kemasukan Ronald Koeman sebagai pengurus baharu meyakinkan dirinya untuk kekal berbakti di kelab itu.

"Saya hampir berhijrah. Namun, saya sempat menilai semula segala faktor yang ada -- selama seminggu ketika sesi pra-musim -- dengan melihat bagaimana cara pengurus baharu bekerja," tambahnya.

About Author

Staff Writer

Comment