Saya juga akan pulang awal -- Moyes

By Amirul Azreen 15 January 2017
Saya juga akan pulang awal -- Moyes

Pengendali Sunderland, David Moyes mengakui kesilapan pemain jadi punca pasukannya tewas 3-1 berdepan Stoke City dan berkata dia juga akan meninggalkan stadium lebih awal selepas menyaksikan persembahan hambar daripada anak buahnya.

Beraksi di laman sendiri, penyokong tuan rumah beredar meninggalkan stadium seawal babak pertama selepas The Potters mendahului 3-0 seawal minit ke-34.

Moyes yang turut berasa simpati dengan penyokong The Black Cats, berkata:"Penyokong telah menempuh pelbagai dugaan.

"Saya juga akan beredar lebih awal apabila ketinggalan 3-0 tetapi kami tetap cuba mencari jalan untuk memburu gol."

Kesilapan jentera pertahanan antara punca utama Sunderland di hukum oleh dua gol Marko Arnautovic dan Peter Crouch.

"Kesilapan individu jadi punca kami bolos tiga gol. Kami terlalu mudah memberikan bola kepada pihak lawan dan gol ketiga berpunca daripada kesilapan penjaga gol.

"Kami tidak menghasilkan sebarang peluang untuk diri sendiri tetapi apabila ketinggalan 3-0, kami sudah pun tewas.

"Kesilapan mampu datang bila-bila masa sahaja, apa yang penting adalah tidak melakukannya terlalu banyak."

Meskipun tewas, Moyes menyifatkan ia bukanlah persembahan terburuk The Black Cats musim ini.

About Author

Amirul Azreen

Comment