Penyerang Everton, Romelu Lukaku, mengintai kejuaraan yang lebih tinggi tetapi gembira untuk kekal di Goodison Park.

Penyerang Belgium itu kembali menjadi sasaran kelab gergasi seperti Bayern Munich, Juventus dan Manchester United selepas meledak gol ke-17 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Sabtu lalu ketika membantu Everton menewaskan Sunderland 2-0.

Ejennya, Mino Raiola, berkata kontrak baru pemain berusia 23 tahun itu sudah hampir siap dan Lukaku bersedia untuk memberikan khidmat kepada Everton.

"Sejujurnya, saya mahu memenangi banyak kejuaraan, jadi saya perlu terus mempamerkan permainan yang berkualiti," kata Lukaku.

"Jika kamu mahu menjadi pemain terbaik di dunia, kamu perlu melihat kepada Lionel Messi, Cristiano Ronaldo dan Thierry Henry – mereka sentiasa memperbaiki prestasi dan menjadi pemain yang lebih baik.

"Itu merupakan apa yang saya mahu lakukan, saya tidak mahu berada di kemuncak permainan saya terlalu awal, saya mahu terus menjadi lebih bagus dari tahun demi tahun.

"Ejen saya yang sedang berbincang dengan kelab. Saya hanya mahu bermain bola sepak. Pada saya, perkara yang paling penting adalah pasukan meraih keputusan positif untuk memastikan penyokong kami gembira dengan kami.

"Anda dapat melihat di atas padang bahawa saya sangat gembira dengan persembahan kami dan mahu meneruskannya."

@rlukaku9 1-0 @23_carra! ? #EFC #COYB

A post shared by Everton (@everton) on


Lukaku kini seiring dengan Harry Kane (Tottenham) dan Alexis Sanchez (Arsenal) sebagai penjaring terbanyak musim ini.

Jaringannya ketika berdepan Sunderland telah berjaya menyamai rekod yang dicipta oleh Duncan Ferguson dengan 60 gol.