Pengendali Manchester City, Pep Guardiola mengakui beliau gagal Alexis Sanchez mencapai tahap terbaiknya ketika berkhidmat bersama Barcelona.

Skuad bimbingan Guardiola akan menerima kunjungan Sanchez dan Arsenal dalam aksi Liga Perdana Inggeris pada Ahad.

Gandingan itu akan bertemu semula selepas berkhidmat di Nou Camp pada 2011-12, musim yang menyaksikan Barca menjulang Piala Super UEFA, Supercopa de Espana, Piala Dunia kelab dan Copa del Rey.

Di sebalik kejayaan itu, Guardiola mengakui taktikalnya tidak sesuai untuk Sanchez, yang lebih berkesan beraksi sebagai penyerang di bawah kendalian Arsene Wenger.

"Alexis telah beraksi di Itali bersama Udinese dan bermain dengan baik di Barcelona," kata Guardiola.

"Ia merupakan perkara yang biasa jika beraksi bersama Messi dan orang melihat anda tidak setaraf dengannya, kerana setiap orang memberikan tumpuan kepada Messi.

"Tetapi Alexis telah membantu banyak pasukan. Saya berpendapat beraksi sebagai penyerang sangat sempurna untuk Sanchez.

"Di Barcelona, mungkin saya tidak memberikan bantuan yang secukupnya kerana saya menggemari pemain sayap untuk kekal di posisi mereka, tetapi dia mampu menjaringkan gol di depan gol.

"Sanchez merupakan pemain yang bertaraf dunia. Dia sudah memenangi Copa America dua kali, itu telah membuktikan kualiti yang dimilikinya."