SWANSEA CITY 1 MANCHESTER UNITED 3

Zlatan Ibrahimovic melakar sejarah pada Ahad apabila meledak gol ke-25,000 Liga Perdana Inggeris ketika membantu Manchester United menewaskan Swansea 3-1.


Penyerang itu menyempurnakan hantaran Wayne Rooney untuk melepaskan rembatan dari luar kotak penalti pada minit ke-21 bagi menjadikan kedudukan 2-0.

Ditanyakan adakah dia menyedari mengenai pencapaian itu, Ibrahimovic berkata, "Saya tidak menyedari perkara itu, saya menyangkakan bahawa saya yang telah meledak gol sebanyak 25,000 gol."

Ia merupakan gol pertama Ibrahimovic selepas enam perlawanan manakala gol keduanya dalam perlawanan itu adalah gol ke-400 buatnya dalam aksi bersama kelab.

"Saya tidak khuatir mengenai kemarau gol saya. Selagi saya mencipta peluang, saya tidak terlalu jauh daripada menjaringkan gol.

"Perkara yang penting adalah kami memenangi perlawanan, sekaligus jaringan gol akan hadir."

Kemenangan ini melonjakkan United ke tangga kelima Liga Perdana Inggeris, tiga mata di belakang Tottenham.