Ketua jurulatih Chelsea, Maurizio Sarri, berkata beliau mahu menandatangani pemain pinjaman dari Real Madrid, Mateo Kovacic, secara tetap.

Kovacic berhijrah ke Stamford Bridge dari gergasi LaLiga, Real, secara pinjaman sepanjang musim 2018-19.

Pemain kebangsaan Croatia itu telah membuat 28 penampilan Liga Perdana Inggeris (EPL), mencetak dua bantuan jaringan sementara beraksi dalam 42 perlawanan dalam semua kejohanan.

Sarri yang bercakap menjelang aksi berdepan West Ham, awal pagi esok, berharap dapat mengekalkan khidmat Kovacic untuk musim depan, "Saya mahu Kovacic kekal bersama Chelsea.

"Dia hanya bersama kami secara pinjaman tetapi saya mahu Kovacic kekal bersama kami. Anda mengetahui kami menghadapi masalah menurunkan Jorginho di posisi tersebut.

"Pada pandangan saya, Kovacic mampu menjadi salah seorang pemain tengah yang berkualiti. Saya gemar pemain yang memiliki kualiti teknikal yang tinggi."