Pengurus Chelsea, Maurizio Sarri, memuji bintang muda pasukannya, Ruben Loftus-Cheek, dengan menggambarkan pemain tengah itu akan berkembang menjadi bintang di Chelsea.

Loftus-Cheek, 22, hanya memperoleh satu penampilan sebagai kesebelasan utama dalam Liga Perdana Inggeris musim ini.

Namun, dia memiliki peluang yang lebih baik dalam saingan peringkat Eropah.

Pemain kebangsaan England itu menjaringkan enam gol musim ini dengan tiga daripadanya hadir menerusi lima penampilan dalam Liga Europa.

Sarri berasakan Loftus-Cheek mampu menjadi bintang utama Chelsea dan menolak untuk pemain itu dipinjamkan kepada mana-mana pasukan bulan depan.

"Ruben merupakan pemain yang baik dan berpotensi besar.

"Dia bermain dalam kesemua tujuh perlawanan bulan lalu.

"Saya gembira dengan prestasi yang dipamerkannya.

"Dia banyak berkembang daripada aspek taktikal.

"Dia merupakan pemain tengah, namun adakalanya kami memerlukannya untuk beraksi di bahagian sayap bagi memanfaatkan kelebihan fizikal yang dimilikinya.

"Dia merupakan pemain penting buat kami dan akan menjadi semakin penting dari hari ke hari," katanya.

Chelsea menduduki kedudukan keempat liga buat masa ini.

Mereka akan menanti kunjungan Leicester City, malam ini.