Pengendali Arsenal, Arsene Wenger, menyifatkan Alexis Sanchez telah berkembang menjadi penyerang yang sempurna.

Bintang Chile, Sanchez, telah meledak 26 gol dalam semua pertandingan musim ini selepas kemenangan 4-1 ke atas Stoke City, Ahad lalu.

Masa depan pemain berusia 27 tahun itu untuk kekal di Stadium Emirates masih menjadi tanda tanya, denganWenger yakin Sanchez akan menandatangani kontrak baru.

Sanchez telah dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester City serta beberapa kelab lain, dan Wenger menyifatkan Sanchez telah berkembang menjadi pemain yang lebih sempurna.

"Secara keseluruhan, Sanchez kini merupakan seorang penyerang yang berbisa serta mampu menghasilkan peluang buat rakan sepasukannya," kata Wenger.

"Saya percaya dia telah berkembang menjadi pemain yang sempurna bersama Arsenal."