Sanchez sekali lagi berang ketika dikeluarkan

By Amirul Azreen 15 January 2017
Sanchez sekali lagi berang ketika dikeluarkan

Arsene Wenger tidak akan mengenakan hukuman terhadap Alexis Sanchez susulan pemain itu sekali lagi berang ketika dikeluarkan dalam kemenangan 4-0 ke atas Swansea City.

Pemain Chile itu jelas tidak berpuas hati apabila dikeluarkan ketika perlawanan berbaki 11 minit untuk ditamatkan.

Dia bertindak menendang sarung tangan sebelum duduk berjauhan daripada rakan sepasukan lain di bangku simapanan.

Wenger menjelaskan dia enggan mengambil risiko terhadap tahap kecergasan Sanchez apabila membawa masuk Danny Welbeck namun menegaskan dia tidak ada masalah dengan reaksi tonggak utamanya itu.

"Semua pemain akan berasa kecewa apabila dikeluarkan, bezanya ada yang mempamerkan kekecewaan itu dan ada yang tidak," jelas Wenger. "Saya cuma membuat keputusan yang saya rasakan tepat pada masa itu.

"Dia seorang pemain yang baik yang sering memberikan segalanya di atas padang. Namun setiap buday adalah berbeza. Sesetengah pemain Amerika Selatan amat berbeza dengan pemain Eropah. Kamu perlu menghormati perkara itu.

"Saya lebih gemar menjaringkan gol dari bolos, pada saya itu yang penting," tambah Wenger. "Reaksi Sanchez itu terlalu remeh untuk dibincangkan."

About Author

Amirul Azreen

Comment