Pemain sasaran Tottenham, Davinson Sanchez, tidak tersenarai dalam skuad Ajax bagi aksi pembukaan Eredivisie berdepan Heracles malam tadi, sekaligus menguatkan lagi khabar angin pemain itu sedia dilepaskan ke London.

Timbul dakwaan Spurs akan memeterai perjanjian bagi mendapatkan Sanchez -- meskipun pengarah teknikal Ajax, Marc Overmars, mengesahkan pemain pertahanan itu telah pun ditawarkan kontrak lanjutan -- apabila posisinya diisi Damil Dankerlui.

Tatkala pengendali, Marcel Keizer, menegaskan dia mahu pemain antarabangsa Colombia itu kekal di Amsterdam Arena, dia memberi alasan pemain itu kehilangan tempatnya ekoran gagal memberi fokus 100 peratus.

"Marc Overmars dan saya telah menghubungi Davinson mengenai beberapa perkara yang berlaku di sekelilingnya," kata Keizer.

"Sudah tentu saya berharap dia kekal bersama Ajax tetapi malam ini kami terpaksa bermain tanpa kelibatnya. Saya mahu pemain yang benar-benar mampu memberikan fokus 100 peratus."

Sanchez meledak enam gol dalam 32 penampilan musim lalu untuk membantu Ajax mara ke final Liga Europa.