Sanchez pemain yang 'luar biasa' -- Wenger

By Dejan Kalinic 21 November 2016
Sanchez pemain yang 'luar biasa' -- Wenger

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger, menyifatkan Alexis Sanchez seorang pemain yang 'luar biasa' ketika membantu pasukan itu seri 1-1 dengan Manchester United.

Walaupun mengalami kecederaan di bahagian paha ketika beraksi bersama Chile, Sanchez berjaya menghabiskan perlawanan selama 90 minit di Old Trafford.

Wenger terkejut dengan prestasi yang dipamerkan oleh pemain berusia 27 tahun itu selepas kembali daripada tugasan bersama Chile.

"Saya memilihnya kerana Alexis seorang pemain yang berkualiti dan sentiasa mahu memberikan yang terbaik," kata Wenger.

"Dia sangat bagus ketika melakukan serangan balas dan tidak memiliki perasaan takut berdepan mana-mana pemain.

"Dia bermain dengan baik dalam separuh masa pertama tetapi kami gagal melakukan hantaran yang baik kepadanya. 

"Buat seorang pemain yang baru menamatkan perlawanan yang penting pada pagi Rabu, mengulanginya semula pada Sabtu, ia merupakan sesuatu yang 'luar biasa'."

Olivier Giroud menjaringkan gol penyamaan buat Arsenal ketika bertemu United, yang mendahului perlawanan menerusi gol Juan Mata.

 

About Author

Dejan Kalinic

Comment