ARSENAL 3 BOURNEMOUTH 0

Arsene Wenger memberikan sokongan kepada Alexis Sanchez untuk memenangi semula hati peminat Arsenal selepas sambutan yang berbeza ketika meraih kemenangan 3-0 ke atas Bournemouth, semalam.


Pemain kebangsaan Chile itu memulakan aksi dari bangku simpanan selepas berusaha untuk berhijrah ke Manchester City pada penghujung jendela perpindahan yang berakhir minggu lalu.

Sambutannya berbeza apabila Sanchez diperkenalkan ke dalam perlawanan selepas dua gol dijaringkan oleh Danny Welbeck berdepan skuad bimbingan Eddie Howe itu.

Wenger tidak berasakan perasaan tersebut akan berterusan, bagaimanapun beliau tidak mengetahui alasan sebenar reaksi yang telah diberikan Sanchez dan memberikan sokongan bahawa dia akan menawan semula hati peminat-peminat Arsenal.

"Saya tidak pasti mengapa dia diejek," kata Wenger. "Mungkin mengenai persoalan berkaitan masa depannya. Sanchez akan memenangi hati peminat-peminat The Gunners."

Arsenal kembali menemui sentuhan semalam, dengan bangkit daripada kekalahan 4-0 kepada Liverpool, dan Wenger menyifatkan anak buahnya masih tidak memiliki keyakinan yang tinggi.

"Inilah bola sepak -- Liverpool minggu ini turut menerima kekalahan besar (5-0 kepada Manchester City).

"Kami kehilangan tahap keyakinan kepada Stoke ketika kami bermain baik dan tewas dalam perlawanan tersebut. Perkara yang sama berlaku ketika berdepan Liverpool."