Sergi Samper mendedahkan dia enggan berunding dengan Arsene Wenger selepas pengurus Arsenal itu cuba mendapat pemain tengah Bercelona terbabit.

Samper ingin terus bermain untuk Granada secara pinjaman dari Barca di sebalik minat yang ditunjukkan Arsenal.

"Saya tidak mahu bercakap dengan Wenger," kata Samper menerusi laman sesawang rasmi kelab Sepanyol itu.

"Saya sudah menjelaskan kepadanya bahawa saya mahu kekal. Saya ingin berjaya di Barcelona dan apa yang boleh membuatkan saya gembiara adalah berjaya di Barcelona di masa akan datang."

Samper, 21, hanya sempat membuat satu kemunculan bersama Barca sejak muncul dari skuad itu pada 2014.

Bersama Granada, dia tampil sebanyak 13 kali dengan Granada bergelut di tangga kedua tercorot LaLiga selepas 18 perlawanan.

"Saya berasa seperti sebahagian daripada tonggak penting pasukan," tambah Samper. "Saya gembira di sini dan berharap kami dapat mengubah situasi ini."