Bekas jurulatih Chile, Jorge Sampaoli, menyifatkan Alexis Sanchez memiliki kebolehan untuk mengubah nasib Arsenal, musim ini.

The Gunners telah tewas lima kali dalam lapan perlawanan, tersingkir daripada Liga Juara-Juara (UCL) selepas tewas kepada Bayern Munich dengan agregat 10-2, termasuk harapan untuk menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) semakin terkubur.

Terdapat beberapa pihak yang meletakkan prestasi murudum Arsenal berpunca daripada Sanchez yang gagal memberikan impak untuk pasukan.

Bekas pemain Barcelona itu kelihatan tersenyum di bangku simpanan ketika Arsenal tewas 5-1 kepada Bayern di laman sendiri tetapi Sampaoli percaya Sanchez mampu mengubah nasib pasukannya.

"Dia adalah dalam kalangan pemain terbaik dunia, antara penyerang terbaik pada pendapat saya," kata Sampaoli.

"Saya sangat bertuah kerana dapat bekerjasama dengannya ketika mengendalikan pasukan Chile, kami menghadapi saingan Piala Dunia dan Copa America bersama.

"Ia merupakan salah satu kenangan yang sangat memuaskan sepanjang karier saya bersama Sanchez.

"Saya berharap Arsenal akan terus memberikan kepercayaan kepadanya untuk membantu mengubah nasib yang menimpa pasukan."