Sambutan gol ke-150 Aguero terbantut gara-gara Boro

By Jamie Smith 6 November 2016 65
Sambutan gol ke-150 Aguero terbantut gara-gara Boro

MANCHESTER CITY 1 MIDDLESBROUGH 1

Sambutan Sergio Aguero meledak gol ke-150 buat The Citizens terbantut apabila Manchester City seri 1-1 dengan Middlesbrough dalam saingan Liga Perdana Inggeris, malam tadi.


Aguero membuka jaringan selepas menemui hantaran Kevin De Bruyne pada minit ke-43, sebelum Marten de Roon menyamakan kedudukan pada penghujung perlawanan.

Chelsea telah berjaya meraih tiga mata penuh ketika menewaskan Everton 5-0 untuk memintas City menduduki takhta liga dan Aguero amat kecewa kerana pasukannya gagal melakar kemenangan dalam perlawanan ini.

"Ia merupakan perlawanan yang aneh kerana kami telah mengawal perlawanan tetapi gagal mengekalkan fokus pada penghujung perlawanan," ujar Aguero.

"Kami telah bermain dengan baik ketika menewaskan Barcelona 3-1 dalam saingan Liga Juara-Juara.

"Kami sangat teruja untuk perlawanan ini, kami mahu cuba untuk memenanginya tetapi saingan EPL merupakan pertandingan sangat rumit -- mana-mana pasukan mampu menewaskan anda dan apa-apa sahaja boleh berlaku.

"Anda boleh lihat daripada perlawanan ini -- kami telah mencipta banyak peluang dan Middlesbrough berjaya menyamakan kedudukan pada penghujung perlawanan."

Bagaimanapun, Aguero tetap gembira dengan pencapaiannya meledak gol ke-150 buat Man City. 

"Saya telah berbincang dengan Kevin sebelum saya menjaringkan gol, saya sangat gembira dengan pencapaian ini."

 

About Author

Jamie Smith

Comment