Salahkan saya kerana kekecewaan ini -- Ibrahimovic

By Staff Writer 5 March 2017 250
Salahkan saya kerana kekecewaan ini -- Ibrahimovic

Zlatan Ibrahimovic memikul tanggungjawab di atas kegagalan Manchester United mengutip tiga selepas hanya melakar keputusan seri 1-1- berdepan Bournemouth, malam tadi.

Penyerang itu gagal menyempurnakan sepakan penalti tatkala United tidak mampu mengambil kesempatan terhadap Bournemouth yang beraksi dengan 10 pemain selepas Andrew Surman dibuang padang pada babak pertama.

Aksi penuh dramatik itu tercemar dengan insiden kekasaran apabila Tyrone Mings jelas memijak kepala Ibrahimovic, sekaligus mencetuskan reaksi daripada penyerang itu untuk membalas dengan menyiku Mings.

Ibrahimovic -- yang menegaskan Mings melompat ke arah sikunya -- enggan membicarakan tentang apa yang berlaku.

"Dengar sini, apa yang berlaku di atas padang, kekal di atas padang," ujar pemain berusia 35 tahun itu.

"Saya bukan jenis pemain yang akan merungut tentang apa yang berlaku. Saya tidak akan menyalahkan sesiapa.

"Sebaliknya, saya akan memikul tanggungjawab sepenuhnya atas keputusan ini. Saya gagal menyempurnakan sepakan penalti yang jadi punca kami terlepas tiga mata."

Ibrahimovic menambah: "Kami akan terus berusaha dan mengekalkan moral tinggi. Kami mensia-siakan banyak peluang keemasan. Kami sepatutnya mengutip tiga mata."

About Author

Staff Writer

Comment