Mohamed Salah menjelaskan dia tidak pernah panik ketika melalui empat aksi tanpa sebarang jaringan setelah gol tunggalnya memberikan kemenangan 1-0 buat Liverpool di Huddersfield Town, awal hari ini.

Bintang Mesir, Salah, menjaringkan gol dalam babak pertama, sekali gus memastikan The Reds kini berkongsi mata dengan Manchester City.

Gerakan yang dihasilkan oleh Xherdan Shaqiri membolehkan bekas penggempur Chelsea itu menghasilkan 50 gol di England.

Tatkala mahu melangkah jauh, pemain berusia 26 tahun itu jelas lebih berbangga untuk beraksi.

"Ia satu perasaan bagus tetapi apa yang penting adalah membantu pasukan mendapatkan keputusan dan kini berada di landasan," kata Salah.

"Saya tidak risau apabila tidak menyumbat gol. Apa yang penting adalah saya membantu pasukan mendapatkan keputusan bagus.

"Kami memiliki empat atau lima pemain daripada pasukan yang kali pertama dalam Liga Perdana Inggeris.

"Ia merupakan satu aksi getir tetapi akhirnya Liverpool mencatat kemenangan, itu paling penting. Kami harus berjuang tetapi kami mengetahuinya."

Adam Lallana turut bersama Salah di barisan depan tatkala Sadio Mane masih mengalami kecederaan serta Roberto Firmino di bangku simpanan.

Bekas pemain England itu tampil selama 69 minit selepas kembali daripada masalah pangkal paha.

"Ia satu musim yang panjang," ujar Lallana.

"Kini hanya beberapa minggu untuk saya memikirkan mengenai perlawanan seterusnya.

"Untuk sepanjang musim, semua orang berpeluang untuk melibatkan diri tetapi setiap mereka perlu membuktikan identitinya."