Jurgen Klopp berasakan Mohamed Salah kurang menyerlah ketika Liverpool meraih kemenangan 2-0 ke atas Crystal Palace dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) kelmarin walaupun penyerang Mesir itu terlibat dalam kedua-dua jaringan.

Salah diterjah oleh Mamadou Sakho dalam kotak penalti pada penghujung separuh masa pertama, membenarkan James Milner untuk meledak gol daripada sepakan penalti untuk The Reds mendahului perlawanan.

Pemain kebangsaan Mesir itu sekali lagi bertindak cemerlang apabila melakukan hantaran kepada Mane bagi melengkapkan kemenangan Liverpool.

Di sebalik aksi cemerlang Salah itu, dia gagal menyempurnakan peluang di depan gol.

"Tiada apa yang boleh dikatakan mengenai persembahannya tetapi Salah mampu bermain dengan lebih cemerlang," kata Klopp.

"Dia telah melakukan dua bantuan jaringan, jadi saya berpuas hati dengan persembahannya," kata pengurus itu.

Klopp turut memuji persembahan penjaga gol, Alisson, yang berjaya mengelak daripada dibolosi dalam dua perlawanan.

Pemain kebangsaan Brazil itu menafikan percubaan Luka Milivojevic menerusi sepakan percuma dalam separuh masa kedua dan telah menyesuaikan diri selepas berhijrah daripada Roma.

"Alisson cemerlang menampan keluar percubaan tersebut. Dia turut menampan tandukan Christian Benteke.

"Secara keseluruhan, prestasi keseluruhan pasukan amat baik tetapi kami berhak memenangi perlawanan ini dengan lebih banyak jaringan. Kami akan cuba melakukannya dalam aksi seterusnya."