Sagna puji kualiti dimiliki Aguero

By Stefan Coerts 26 September 2016 73
Sagna puji kualiti dimiliki Aguero

Bacary Sagna memuji penyerang, Sergio Aguero, yang mempamerkan aksi memberangsangkan pada awal musim dan percaya pemain kebangsaan Argentina itu mampu memberikan lebih lagi daripada gol untuk The Citizens.

Aguero kini telah meledak 11 gol dalam semua pertandingan buat musim 2016-17 dan Sagna memuji pemain berusia 28 tahun itu, yang memainkan peranan penting buat pasukan Pep Guardiola.

"Dia merupakan pemain terbaik yang saya pernah beraksi bersama," kata Sagna.

"Bukan sahaja menjaringkan gol, dia sentiasa mahu memberikan yang terbaik buat pasukan.

"Dua jaringannya ketika menewaskan Swansea mempamerkan kualiti yang dimilikinya. Dia seorang yang berbisa di depan gol."

Sagna berharap Aguero mampu menambah jaringan ketika berdepan Celtic dalam aksi Liga Juara-Juara.

"Saya pernah beraksi menentang Celtic bersama Arsenal dalam aksi playoff Liga Juara-Juara dan ia bukan satu perlawanan yang mudah. Mereka mempunyai penyokong yang bagus serta memiliki beberapa pemain berkualiti."

"Mereka telah tewas dalam perlawanan pertama, jadi mereka akan cuba untuk mencari kemenangan.

"UCL adalah pertandingan di tahap yang lebih tinggi, kami perlu mempamerkan permainan yang terbaik."

About Author

Stefan Coerts

Comment