Wayne Rooney kembali menjalani latihan pada Khamis selepas terlepas tiga aksi bersama Manchester United gara-gara cedera.

Kali terakhir kapten United itu beraksi adalah ketika melakar kemenangan 2-0 ke atas West Brom pada 17 Disember lalu sebelum mengalami kecederaan paha ketika dalam latihan.

The Red Devils agak terkesan dengan ketiadaan penyerang berpengalaman itu ketika menewaskan Sunderland dan Middlesborough di Old Trafford sebelum melakar kemenangan kontroversi 2-0 ke atas West Ham.

Rooney menempuh musim yang hambar pada tahun 2016, terutamanya di depan gawang lawan, apabila sekadar menyumbat enam gol dalam Liga Perdana Inggeris.

Sekiranya pemain berusia 31 tahun itu didapati cergas sepenuhnya, sudah tentu dia tidak sabar memulakan aksi 2017 berdepan Reading dalam aksi Piala FA pada Sabtu.

Penyerang England itu memerlukan satu gol sahaja lagi bagi menyamai rekod jaringan Sir Booby Charlton dengan 249 gol.

Tweet 1