Rooney ke China sesuatu yang gila -- Keane

By Dejan Kalinic 23 February 2017
 Rooney ke China sesuatu yang gila -- Keane
Pemain legenda Manchester United, Roy Keane, percaya perpindahan Wayne Rooney ke China adalah sesuatu yang gila. 

Rooney, 31, terus dikaitkan dengan tawaran lumayan di Liga Super China gara-gara semakin terpinggir dalam kesebelasan utama kem United. 

Desas-desus itu membangkitkan rasa kurang senang Keane, dengan menganggap ketua pasukan Red Devils dan England berkenaan seharusnya terus kekal dalam kancah Eropah. 

"Tidak mungkin Wayne Rooney patut pergi ke China," katanya kepada ITV. 

"Dia masih boleh menampilkan permainan di peringkat tinggi di England, Jerman, Sepanyol dan Itali."

Tambah Keane: "Pergi ke China? Ia sesuatu yang gila. 

"Dia baru berusia 31 tahun, masih banyak lagi masa untuk Wayne Rooney memberikan sumbangan hebat di Eropah."

Rooney merupakan penjaring terbanyak United -- dia telah mencetak lima gol dalam 29 penampilan musim ini. 
 

About Author

Dejan Kalinic

Comment