Rooney bakal terlepas aksi berdepan Boro -- Mourinho

By Russell Greaves 27 December 2016
Rooney bakal terlepas aksi berdepan Boro -- Mourinho

Wayne Rooney bakal terlepas perlawanan Manchester United berdepan Middlesbrough minggu ini selepas Jose Mourinho mengesahkan kecederaan otot telah mengetepikan pemain itu daripada aksi berdepan Sunderland semalam.

Kapten England itu terlepas kemenangan United 3-1 ke atas Sunderland di Old Trafford, dengan gol Daley Blind, Zlatan Ibrahimovic dan Henrikh Mkhitaryan.

Pengurus pasukan, Mourinho, berkata Rooney bakal terlepas aksi berdepan Boro pada Sabtu.

"Sejujurnya, saya tidak tahu. Saya berharap dia dapat beraksi," kata Mourinho. "Saya mahu dia beraksi tetapi kami akan menilai tahap kecergasannya terlebih dahulu."

Rooney telah menjaringkan tiga gol dalam 22 penampilan bersama United musim ini, dengan gol tunggalnya dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) hadir daripada perlawanan pertama berdepan Bournemouth.

About Author

Russell Greaves

Comment