Rojo yakin United berpeluang menangi EPL musim ini

By Dejan Kalinic 27 November 2016 116
Rojo yakin United berpeluang menangi EPL musim ini

Pertahanan Manchester United, Marcos Rojo, yakin peluang pasukannya untuk menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim jika berjaya mengekalkan prestasi yang cemerlang setiap minggu.

Menjelang aksi bertemu West Ham di Old Trafford, skuad kendalian Jose Mourinho kini ketinggalan 12 mata di belakang pendahulu liga, Chelsea.

Bagaimanapun, Rojo berharap aksi perlawanan pada bulan Disember akan mengubah nasib pasukannya.

"Kami berhak memenangi beberapa perlawanan lepas di laman sendiri tetapi kami gagal melakukannya. Ia amat mengecewakan," kata Rojo.

"Kami perlu menang ke atas West Ham jika mahu terus berada di dalam persaingan takhta liga musim ini.

"Saingan dalam EPL sangat sukar kerana anda tidak boleh menjangka setiap perlawanan." 

United telah melakar kemenangan 4-0 ke atas Feyenoord dalam aksi Liga Europa pada Jumaat.

About Author

Dejan Kalinic

Comment