Pemain sayap Newcastle United, Matt Ritchie, mengakui bernasib baik kerana tidak dibuang padang selepas melakukan terjahan yang hampir sama dengan Sadio Mane ketika meraih kemenangan 1-0 ke atas Swansea.

Ketika kedudukan terikat 0-0, Ritchie telah dilayangkan kad kuning apabila melakukan terjahan yang tinggi ke atas Alfie Mawson.

Insiden tersebut menjadi perbualan selepas Mane dibuang padang dalam aksi ketika bertemu Manchester City, apabila melakukan terjahan yang terkena kepala penjaga gol, Ederson.

Pemain kebangsaan Scotland itu, yang mengumpan jaringan kemenangan oleh Jamaal Lascelles, lega apabila pengadil perlawanan, Mike Jones, hanya melayangkan kad kuning kepadanya.

"Saya memiliki beberapa bayangan untuk perlawanan berdepan Swansea," kata Ritchie.

"Tetapi saya tidak menjangkakan akan melakukan terjahan yang berbahaya itu. Saya sangat gembira apabila hanya menerima kad kuning."

Ritchie telah menjaringkan 12 gol ketika membantu Magpies untuk kembali beraksi dalam Liga Perdana Inggeris (EPL), musim lalu.