Riise mula ceburi bidang kejurulatihan

By Ammar Hakim 18 March 2017
Riise mula ceburi bidang kejurulatihan

Bekas pemain Liverpool, John Arne Riise, bersedia untuk kembali ke dalam kancah bola sepak dengan menceburi bidang kejurulatihan.

Nama Riise tidak asing lagi buat peminat tegar bola sepak. Setiap kali kedengaran jeritan pengulas menjeritkan 'Riise!!!!' ia akan sentiasa disudahi dengan rembatan kencang menembusi gawang gol lawan.

Pakar rembatan jauh itu telah berkhidmat untuk The Reds selama tujuh tahun, satu jangka masa panjang yang penuh dengan kenangan manis buat dirinya.

"Tujuh tahun bersama Liverpool, terlalu banyak kenangan dan mereka bagaikan keluarga kepada saya.

"Saya telah menghubungi mereka mengenai keinginan saya untuk menceburi bidang kejurulatihan dan membantu mengendalikan pemain-pemain akademi adalah permulaan yang terbaik buat saya," kata Riise dalam temubual [email protected]

Pemenang Liga Juara-Juara (UCL) pada tahun 2005 itu sangat gembira apabila kelab mendapatkan khidmat Jurgen Klopp sebagai pengganti Brendan Rodgers, dan menyifatkan pengendali kelahiran Jerman itu mampu menghasilkan sesuatu kepada kelab.

"Saya sangat gembira apabila Liverpool mendapatkan khidmat Jurgen Klopp, beliau seorang pengurus yang bertenaga dan sentiasa mahukan permainan terbaik daripada pemain-pemainnya."

Bekas pemain kebangsaan Norway itu berharap Liverpool dapat mempamerkan permainan lebih konsisten musim hadapan dalam usaha menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL).

"Saya berpendapat setiap musim akan ada juara yang berbeza dalam EPL, terdapat lebih daripada empat pasukan yang mampu bergelar juara. Saya berharap musim hadapan Liverpool mampu mempamerkan permainan konsisten."

About Author

Ammar Hakim

Comment