Redknapp pernah intai khidmat Suarez dan Hazard di Spurs

By Dejan Kalinic 29 November 2016
Redknapp pernah intai khidmat Suarez dan Hazard di Spurs
Harry Redknapp pernah mempertimbangkan untuk mendapatkan khidmat Luis Suarez serta mendedahkan Eden Hazard hampir ke Tottenham Hotspur ketika beliau masih mengurus pasukan itu. 

Anak buah Redknapp menamatkan saingan musim 2011-12 itu di tangga keempat Liga Perdana Inggeris (EPL) selain mara ke separuh akhir Piala FA. 

Pengendali berusia 69 tahun itu berkata Spurs hampir memuktamadkan perjanjian untuk mendapatkan Suarez dan Hazard. 

"Saya sedang mengendalikan Tottenham dan saya berasakan kami mampu memenangi kejuaraan, saya sangat yakin," kata Redknapp kepada talkSPORT.

"Kami mendapatkan Louis Saha dan Ryan Nelsen secara percuma -- pada waktu itu kami kekurangan pemain akibat kecederaan di bahagian pertahanan tengah dan saya tidak memiliki penyerang. 

"Jika kami membuat pelaburan, maka Luis Suarez adalah pemain yang diburu kami."

Suarez menyertai Liverpool pada Januari 2011 dengan meledak 69 gol dalam hanya 110 penampilan bersama kelab itu. 

Seorang lagi pemain yang hampir dimiliki Redknapp adalah Hazard yang menyertai Chelsea pada pertengahan tahun 2012 yang kemudiannya memenangi mahkota EPL dan Liga Europa. 

"Saya bertemu Hazard dan menghabiskan masa selama tiga setengah jam dengannya di sebuah hotel di Paris -- saya bertemunya di lapangan terbang dan dia sangat teruja untuk datang ke Tottenham," ujar beliau. 

"Jika kami berjaya mendapatkan salah seorang daripada mereka, kami akan memiliki sebuah pasukan yang mampu mencabar kejuaraan."

About Author

Dejan Kalinic

Comment

Read Next

Isu FAS dan PKNS dijangka selesai pada Rabu

By 28 November 2016. 11.43 AM