Rashford: Saya mahu beraksi macam Ronaldo

By Ryan Benson 1 October 2016
Rashford: Saya mahu beraksi macam Ronaldo

Bintang muda Manchester United, Marcus Rashford, mengambil pemain Real Madrid, Cristiano Ronaldo, sebagai contoh buat dia mencipta kejayaan di Old Trafford.

Pemain akademi United itu menyerlah pada musim lepas selepas meledak dua gol ketika bertemu Midtjylland dalam Liga Europa pada 25 Februari, sebelum membantu pasukan menewaskan Arsenal 3-2 dalam aksi Liga Perdana Inggeris, tiga hari berikutnya.

Rashford telah menjadi pemain yang berbisa buat United selepas bergelut untuk beraksi dalam skuad Jose Mourinho pada awal musim, dengan dia kini telah meledak empat gol dalam tujuh perlawanan.

Pemain berusia 18 tahun itu berkata dia mahu mengikut jejak langkah bekas pemain kegemarannya di Old Trafford.

"Ronaldo merupakan idola saya," kata Rashford kepada Sky Sports.

"Dia mampu mencipta impak di mana-mana posisi dan pemain lawan takut untuk berdepannya. Saya mahu mempertingkatkan mutu permainan saya.

"Wayne Rooney dan Ronaldo merupakan gandingan yang hebat. Pada musim 2007/08, mereka merupakan gandaingan yang hebat dan saya mahu mengikut jejak langkah mereka."

About Author

Ryan Benson

Comment