Rashford ambil peluang bergambar dengan legenda Barcelona

By Staff Writer 29 June 2017
Rashford ambil peluang bergambar dengan legenda Barcelona
Penyerang muda Manchester United, Marcus Rashford, menggunakan sebaik mungkin masa rehat saingan Liga Perdana Inggeris dengan bercuti di Miami dan pemain antarabangsa England itu sempat bergambar dengan pemain legenda, Ronaldinho.

Rashford merupakan sebahagian daripada skuad United yang berjaya merangkul kejuaraan Piala EFL dan Liga Europa musim lalu.

Pemain berusia 19 tahun itu sedang bercuti bersama sahabat baiknya dan rakan sepasukan, Jesse Lingard.

Ketika sedang bercuti, Rashford terserempak dengan bekas bintang Barcelona dan Brazil, Ronaldinho, lalu tidak melepaskan peluang itu untuk bergambar.

Dia kemudian memuat naik foto tersebut ke laman Instagram miliknya beserta kapsyen:"Berpeluang berbual dengan 'the king' @10Ronaldinho."

Ronaldinho turut memuat naik gambar tersebut dengan menyifatkan Rashford sebagai pemain muda yang merendah diri.

Enggan ketinggalan, Lingard turut sempat memuat naik gambar tersebut ke akaun Instagram miliknya.
 

About Author

Staff Writer

Comment