Ranieri puji prestasi Mahrez, Vardy

By Iain Strachan 11 December 2016
Ranieri puji prestasi Mahrez, Vardy
LEICESTER CITY 4 MANCHESTER CITY 2

Claudio Ranieri memuji persembahan Riyad Mahrez dan Jamie Vardy selepas Leicester City membenam Manchester City 4-2 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), awal pagi tadi.


Juara bertahan itu bergelut untuk mengulangi prestasi mereka musim lalu tetapi akhirnya menemui ramuan dalam pertembungan di Stadium King Power, dengan The Foxes hanya memerlukan lima minit untuk mendahului perlawanan 2-0.

Vardy berjaya meledak hatrik, Mahrez memainkan peranannya dalam gol pembukaan serta melakukan bantuan jaringan bagi gol kedua penyerang England itu, menyaksikan kedua-dua pemain itu mendapat pujian daripada Ranieri.

"Juara bertahan bertindak tepat pada masanya," ujar Ranieri kepada BT Sport.

"Ketika Mahrez dan Vardy bermain dengan baik, kami akan menang. Kami telah mempamerkan persembahan yang mantap, usaha yang sangat memuaskan daripada pemain-pemain saya.

"Kami bukan sebuah pasukan yang besar tetapi kami mampu mencipta sesuatu jika kami bermain sebagai satu unit.

"Kami telah membuat persiapan yang rapi untuk perlawanan ini, kami memastikan tiada ruang diberikan kepada pasukan lawan."

Ranieri berkata perlawanan seterusnya berdepan Bournemouth dan Stoke City sangat penting jika mereka mahu memperbaiki kedudukan di dalam saingan EPL.

"Perlawanan seterusnya sangat penting," katanya.

"Kerana kami masih bersaing untuk mengelak daripada penyingkiran. Pemain-pemain saya telah membuktikan mereka masih memiliki keinginan yang sama seperti musim lalu."

About Author

Iain Strachan

Comment