Ramos: Kane mampu bintangi LaLiga

By Staff Writer 15 October 2018 800
Ramos: Kane mampu bintangi LaLiga
Kapten Real Madrid dan Sepanyol, Sergio Ramos, percaya bintang Tottenham, Harry Kane, berupaya untuk menyerlah dalam saingan LaLiga.

Pemenang Kasut Emas Liga Perdana Inggeris (EPL), Kane, telah dikaitkan dengan penghijrahan menyertai Real sejak kebelakangan ini.

Kane telah menjaringkan lima gol buat Tottenahm musim ini dan Ramos menyedari kebolehan yang dimiliki penyerang tersebut menjelang aksi Liga Negara-Negara UEFA di antara England dan Sepanyol di Seville.

"England memiliki aspek teknikal yang sangat bagus," kata Ramos.

"Saingan EPL mengutamakan kekuatan fizikal tetapi mereka memiliki barisan pemain yang berkualiti.

"Kane adalah contoh pemain yang memiliki kekuatan fizikal yang tinggi tetapi seorang yang berkemahiran, mampu mengejutkan pertahanan lawan tetapi bukan saya.

"England memiliki beberapa penyerang berbisa. Saya memberi jaminan kami telah mengkaji gaya permainan mereka untuk mengekang mereka daripada mempamerkan aksi terbaik."

Kane, yang memenangi Kasut Emas Piala Dunia, gagal meledak jaringan dalam enam perlawanan antarabangsa untuk England.
 

About Author

Staff Writer

Comment