Mino Raiola menafikan telah menawarkan Paul Pogba dan Henrikh Mkhitaryan kepada pengurus Manchester City, Pep Guardiola, ketika jendela perpindahan Januari lalu.

Menjelang pertemuan 'derby' Manchester esok, Guardiola mendakwa Raiola telah memberikan peluang kepada City untuk mendapatkan khidmat dua bintang daripada Manchester United itu.

"Dua bulan lalu, Raiola telah menawarkan saya Mkhitaryan dan Pogba untuk bermain bersama kami," katanya.

Ia hadir seperti kejutan apabila kedua-dua individu terbabit memiliki hubungan dingin apabila Guardiola telah memaksa Zlatan Ibrahimovic unuk meninggalkan kelab pada 2010.

Bagaimanapun, Raiola bertegasa bahawa tiada sebarang perhubungan dengan pengurus City itu ke atas Pogba atau Mkhitaryan.

"Saya tidak bercakap dengan Guardiola," kata Raiola.

"Saya tidak berbincang dengan Guardiola mengenai pemain-pemain. Saya akan bertemu dengan Manchester City jika mahu melakukannya."