Puel gembira lihat Rodriguez kembali tersenyum

By Ben Spratt 18 December 2016
Puel gembira lihat Rodriguez kembali tersenyum

BOURNEMOUTH 1 SOUTHAMPTON 3

Claude Puel gembira melihat senyuman yang terpancar di wajah Jay Rodriguez selepas penyerang itu meledak dua gol ketika membantu Southampton bangkit untuk menewaskan Bournemouth 3-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), semalam.


Nathan Ake membuat jaringan buat pasukan tuan rumah di Stadium Vitality tetapi Ryan Bertrand pantas menyamakan kedudukan sebelum Rodriguez menyempurnakan gerakan untuk meletakkan The Saints di hadapan selepas bersambung babak kedua.

Rodriguez yang bergelut untuk beraksi dalam kesebelasan utama pasukan selepas kembali pulih daripada kecederaan buku lali musim lalu, melengkapkan perlawanan dengan rembatan jarak jauh menewaskan penjaga gol, Artur Boruc.

Pengurus Southamton, Puel, memberikan penghargaan di atas usaha Rodriguez dan berkata pemainnya itu berhak menerima pujian selepas membantu pasukan meraih tiga mata penuh.

"Saya sangat gembira untuk pemain-pemain saya dan Rodriguez," kata Puel kepada BBC Sport.

"Sukar buat dirinya kerana berehat panjang akibat kecederaan. Dia telah beraksi tiga atau empat perlawanan sejak menggantikan Charlie Austin yang juga mengalami kecederaan."

Pengendali Bournemouth, Eddie Howe, kecewa dengan permainan The Cherries dan percaya kemenangan pertengahan minggu ke atas Leicester City telah memberikan kepenatan kepada pemain-pemainnya.

"Kami tidak berada di tahap terbaik kami, secara teknikalnya, kami gagal memberikannya yang terbaik," jelas Howe.

"Gol penyamaan mereka merupakan punca kekalahan kami, pasukan lawan beraksi dengan lebih bersemangat dan berjaya menjaringkan dua gol lagi.

"Perlawanan ini berpihak kepada kami tetapi kami harus bangkit dalam perlawanan akan datang."

About Author

Ben Spratt

Comment